December 27, 2010

Surat untuk Sang Sahabat

Kehadapan sahabat lama ku 'kerabatASTANA' yang hensem tapi kurus. Semoga berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya untuk menyokong Malaysia tercinta dalam perlawanan bola sepak AFF Suzuki tidak lama lagi.

Saudara,

Pada hari selasa yang murni dan suci dan mendung (elok disorongkan bantal) ini, aku yang sedang berdudukan di atas kerusi pejabat ini memang tak ade kerja. dah dua hari aku berkeadaan sebegini. alhamdulillah, tadi sudah dapat panggilan kerja dari pihak client. mulai esok aku diarahkan berkampung dipejabat mereka pula. Putrajaya, here i come.

Berkenaan gaji itu, tidak lah perlu saudara bertanyakan lagi. sesungguhnya, kuasa mengeluarkan gaji itu terletak ditangan orang admin. lambat dia proses, lambat la kami yang kuli kuli ni dapat gaji. namun begitu, sejak dua menjak ni, rezeki ku yang belum dapat gaji ini begitu murah. makan orang belanja. kalau tidak pun pegi mesyuarat mesti ada makanan disediakan. besarnya nikmat rezeki Allah s.w.t.

Apakah yang sedang saudara lakukan di saat ini? (ok tau la tengah baca blog ni...zzzz. ape pasal aku tanye soalan bodol (read:bodoh) ini ) dimanakan kedudukan latitut dan longitut saudara sekarang. senang sikit aku nak google earth. acap kali aku lupa di mana saudara berada. hehe.

Tahun baru bakal tiba tidak lama lagi. apakah azam tahun baru saudara? saya biasa-biasa saja, tiada azam specific untuk dicapai. mungkin ade satu, saya berazam .....jeng jeng jeng........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
azam saya ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk menukar rim kereta vios hitam saya
haha. seprais x azam saya?
(baik ngaku seprais!!!!! kalau tak saya xmau berkawan dengan saudara lagi)
haha. ugut tak boleh tahan.

Semoga saya diberi kelapangan untuk menulis lagi kepada saudara. Semoga saudara bahagia tidak kira dimana saudara berada.

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah baca, harap balas

issati sanusi
(Si comel)

New Year is coming .....

(picture : credit to www.atpm.com)

sekarang dok bilang hari nak niu yer, kalau bebudak skolah, sibuk la nak prepare barangans back-to-school mereka. mak bapak pulak sibuk la mengeringkan tabungan masing-masing serta tabungans raya anak2 (harapnya tidak) untuk membeli barangans back-to-school. muda-mudi universiti sibuk ape eh? sibuk plan nak niu yer mcm mana ke? atau sibuk memikir assignments? (ada uni yg dah start sem, dan ade jugak yg maseh berchoti. xpe. ikut la ape yang telah dirancangkan pihak atasan uni masing2) yg golongan belia (smpai umo 40 kira belia kan??? dewasa umo brapa ek??) yang berkerja ni pulak buat ape ek malam tahun baru? celebrate kat maple (read : mamak) ke? atau kat sekitar ibukota kuala lumpur tunggu detik 12 malam n jerit tepekik telolong kat konsert? emmm terpulanglah.... masing2 punya cara.

yang aku nak tanya sebenar-benar-benar-benarnya harini ialah..... ape azam tahun baru korang? (soalan tipikal ni...repeat tiap2 tahun keluar menjelang tahun baru [mcm soalan PMR KH pulak...tiap2 tahun dok rotate soalan sama. hihi] orang akan tanya ni...yang paling suka tanya soalan ni mestila DJ radio. kalao xcaye, boleh pegi dengar sendiri lah. huhu.

1 soalan da tnye....ape azam tahun baru? atau ckap negori sombilan eh.... apo azam taon baru ekau? lobih kurang la.
tapi ade 1 lagi soalan nak tanye....azam tahun 2010 korang dah dapat capai ke belum?

  • mungkin ade yang berazam nak kawin.... dah dapat pun kawin, atau paling tidak pun bertunang. tahniah la ye....
  • mungkin ade yang berazam nak kurus, tapi berat makin naik... xpe...boleh cuba tips kawan aku nih.... munip (korang baca kat blog munip eh). tapi kalau ade duit lebih, boleh try produk diet yang berada di pasaran. aku tak mau promote... haha. segan. sebab aku tak ikut program diet, aku makan je ikut selera aku....
  • mungkin ade yang berazam nak dapat pointer exam yang bagus... supaya senang dikemudian hari... kalau dapat tu tahniah, tp kalau rezeki kurang sem ni, boleh lipat gandakan usaha. kalau dulu buat asignment last minit, skarang ni kena start awal. kalau dulu dapat grup member yang haprak, sekarang cuba elakkan. hahaha. aku buat mcm ni dulu ...ngeeeee.
  • mesti ada banyak lagi azam lain yang aku tak contohkan kat sini. sebab nanti penat aku nak taip smua. walaubagaimanapun (memperkasakan bahasa melayu sedikit) , pada azam yang belum berjaya di-achieve-kan tahun ni, sebolehnya diteruskan pada tahun 2011. jgn sekerat jalan. mcm 'angek-angek taik ayam'....da la paneh eh kojap, busuk eh tingga pulak tu. (apo makno eh tu? memandai yo den buek tapsiran...xpo, korang pikir lah apo agak eh maksud den tu yo?)
azam last minit aku tahun 2010 ni nak tengok Malaysia menang piala AFF suzuki tu. dalam erti kata lain, nak tengok mesia menang mengalahkan indonesia. hihi. (bambang sila bimbang) ohohoho....

di sini, aku nak minta maaf (tibe2 minta maaf aku ni....) ... ye la... segala kesalahan yang sengaja (hahahahahahaha) dan tak yang disengajakan tu kena la minta maaf... tak pasal pahala aku bagi kat org lain, tak pasal nanti aku sibuk mencari korang yang aku buat salah tu kat akhirat. haddoi... segala kesalahan aku sebelum ni, harap dimaafkan. inyaallah, hati aku yang suci ini (bluekkk) memaafkan korang semua kalau ade korang wat salah kat aku. ngehh... tapi hutang kena bayar eh. aku belum gaji ni. hahaha.

oh, lupa pulak... nak menge-wish adik2 yang mendapat result cemerlang UPSR dan PMR... tahniah. kepada yang kurang berjaya, jangan risau. malaikat tak tanya berapa result pereksa korang dlaam kubur(credit to hann san). hihi. tp kalau korang meniru dan menipu dalam peperiksaan,,,, malaikat tanye la insyaallah.... haaaa,,,, takut ! pegi bertaubat cepat.




p/s: perut aku dah krong kreng krong kreng. berlagu ala indi... haddoi.... nak makan ape ni ek? plan lunch dengan berhemah. sebab belum gaji. adoiyai... sapo nak blanjo den makan tongah hari ni... silo jatuh tangan.... hehehe


November 01, 2010

KARNIVAL PENGANTIN SHAH ALAM


dijemput beramai2 ke karnival pengantin terbesar di shah alam pada
5hb.nov hingga 7hb.nov bertempat di SACC dari jam
1030am-930pm....kunjungi booth butik (uncle) kami INSPIRASI CINTA di
lot104.....baucer diskaun akan diberikan kepada bakal2 pelanggan
kami..BERMULA DI SINI,INSPIRASI CINTA MEMBAWA KE GERBANG
BAHAGIA...............
zamrict75@yahoo.com ZAM -0126512706

October 27, 2010

DEN LAPA BURGER IJAN

kata hati : GHASO NAK MAKAN BEGER IJAN

October 24, 2010

Rahsia Sebuah Kedai Kechil di tepi Jalan

Pada suatu petang..... ketika dalam perjalanan pulang dari mesyuarat (ehem!) di Melaka, aku dan ayah singgah la di sebuah kedai di tepi jalan (sila lihat tajuk). Patriotik kan pemilik kedai ni? bagusss.... lalu aku dan ayah pun singgah la kat sini


encik ayah merekomen (recommend) air kelapa. sebab ape? haha. sebab air kelapa ini sungguh lain daripada yang lain. nak tanya banyak kat tuan punye kedai pun aku tak sempat, inikan pulak boleh pilih kelapanya. lalu aku dan encik ayah mengorder air kelapa 2.

nota: ayh amik 2 kuih bola, aku pulak amik 2 kuih tahu sumbat. my fevret =) untuk dimakan bersama air kelapa tadi


ini adalah pilihan buah kelapa kat kedai ni. walaupun aku kata pilihan, korang tak boleh pilihpun. owner yg pilihkan. korang duduk je kat meja diam2, nanti dia hantar air korang... jeng jeng jeng...


air kelapa aku pun sampai kat meja (setelah beberapa minit aku tunggu kakak tu prepare air kelapa aku) haaaaa... korang tengok ape dia hantar!!!!! dia hantar 1 koleh dan 1 gelas kosong beserta penyedut minuman a.k.a straw. haaaa.... gelas aku kosong kan? magik x? huhu...mesti la tak magik. sbb air kelapa aku ade dalam koleh tu. ngengengengenge, nak tengok air kelapa?


haaaaa.... ni dia air kelapa. kakak tadi tu dah tuang air kelapa dalam koleh, pastu belah kelapa dan korek isi dia yang lembut manja (boleh ke guna mcm ni? bantai lah) dan masukkan dalam koleh. lalu ketul2 ais pun terjun dalam koleh aku (ala2 penerjun sukan komanwel)... hehe. siap ade sudu lagi. senang nak makan isi kelapa.


lalu aku yang dahaga ni pun tuang la air kelapa kedalam gelas kosong berhias straw oren yang diberikan. haaaaaa......alhamdulillah, lega tekak aku. ngehhhh... oh ye.sebenarnya tujuan dia bagi koleh dan gelas tu sebabnya air kelapa ni boleh mencapai 3 ke 3.5 gelas. aku boleh telan 2 gelas je. pastu lebih tu aku tapau bawak balik. sedap wooo... oh aku lupa nak bagitau nama tempat minum air kelapa ni....

haaaaa... kat sini lah =)

sekian dulu untuk post ini.

al-kisah : air kelapa chengkau. baik punya


nota kaki: kat sini la big boss bawak kawan kita g minum dan bercerita pasal 'kereta' .... erghh please la. xkan g sikit punya jauh semata2 nak cerita pasal kereta. xlogik betullllll.... sekian

October 17, 2010

Advantages Of Being A Woman

Why it's better to be a Woman!

1. We got off the Titanic first.

2. We get to flirt with systems support men who always return our calls, and are nice to us when we blow up our computers.

3. Our boyfriend's clothes make us look elfin & gorgeous. Guys look like complete idiots in ours.

4. We can be groupies. Male groupies are stalkers.

5. We can cry and get off speeding fines.

6. We've never lusted after a cartoon character or the central female figure in a computer game.

7. Taxis stop for us.

8. Men die earlier, so we get to cash in on the life insurance.

9. We don't look like a frog in a blender when dancing.

10. Free drinks, Free dinners, Free movies ... (you get the point).

11. We can hug our friends without wondering if she thinks we're gay.

12. We can hug our friends without wondering if WE'RE gay.

13. New lipstick gives us a whole new lease on life.

14. It's possible to live our whole lives without ever taking a group shower.

15. We don't have to fart to amuse ourselves.

16. If we forget to shave, no one has to know.

17. We can congratulate our team-mate without ever touching her butt.

18. If we have a zit, we know how to conceal it.

19. We never have to reach down every so often to make sure our privates are still there.

20. If we're dumb, some people will find it cute.

21. We don't have to memorize Caddyshack or Fletch to fit in.

22. We have the ability to dress ourselves.

23. We can talk to people of the opposite sex without having to picture them naked.

24. If we marry someone 20 years younger, we're aware that we look like an idiot.

25. Our friends won't think we're weird if we ask whether there's spinach in our teeth.

26. There are times when chocolate really can solve all your problems.

27. We'll never regret piercing our ears.

28. We can fully assess a person just by looking at their shoes.

29. We know which glass was ours by the lipstick mark.

30. We have enough sense to realize that the easiest way to get out of being lost is to ask for directions.

Jom Qurban 2010

Daripada Ibnu Abbas katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebaik-baik pintu kebajikan ialah amalan bersedekah"


1 misi Program Qurban Faqir Miskin Muslim Melayu Champa di Kemboja akan dijalankan sempena Hari Raya Qurban tidak lama lagi.


Sehubungan itu saya menyeru jasa baik saudara dan saudari untuk menyumbang bahagian dalam program ini.

1) Program qurban sebanyak RM250/bahagian lembu atau

2)sumbangan Derma Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Kemboja (seikhlas hati)atau

3) Derma Wakaf Pondok Anak Yatim dan Miskin Nurul Huda an-naemat, di Chanang Kemboja RM500.00


Program ini anjuran Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan,ITQAN(sekolah adik saya).


Kepada yang berminat boleh hubungi saya Izzati Sanusi 0196669870 untuk maklumat lanjut dan juga cara pembayaran atau boleh menghubungi Pejabat ITQAN di nombor tel:06-4319598. 

cerita pagi ini

pagi2 kna langgar. nasib xde ape. aku bru aritu cat kete. hampeh la makcik neh. nasib baik ank makcik hensem tu senyum minta maaf. xla aku mrh sangat. makcik jgn la buat sengal muka innocent.

October 11, 2010

Aiza Nur Izdihar & Mohd Shazwan


gambar diambil dari FB AHMAD FALIQUE

Bangi, 10 Okt. Telah diijabkabulkan pasangan Aiza & Wan pada pagi tersebut dalam suasana yang serba ringkas bertemakan warna hitam putih. so, saya nak ucap tahniah la pada mereka berdua. semoga berbahgia ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juge comel2.


majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada 25 Disember 2010 (Bangi) & 1 Januari 2011 (Kuantan). semoga perjalanan majlis yang akan datang ini berjalan lancar.


p/s: cantik kezen aku (aiza).

September 25, 2010

Panggilan tergempar

pagi tadi, sedang aku menenung muka sengalku kat cermin bilik air, aku terdengar.... henfon merah ku galak berbunyi (ringtone nokia je? mesti nombor tak dikenali) lalu aku bergegas keluar.
hmm.. dah jadi miscall. haih. aku pun mesej la kat nombor tu.

aku sent : ye?

tiba2 henfon merah tu berbunyik lagi.... lalu aku pong jawab.

rupa2nya kawan aku dari KB tepon. dia jemput aku ke rumahnya di KB itu hari jumaat ni. untuk ape? nak kawin ke?? aku tanya beliau.

....haah, kenduri kawin. (APA??!!!) terkejut aku. betullah dia nak kawin. aku pun sambung borak sekejap. dia minta email n alamat rumah aku. nak hantar kad katanya.

dah sampai jodoh kawan aku yg sorang ni. alhamdulillah. aku harap dia bahagia dengan pilihannya sehingga ke anak cucu.

kepada sahabatku Annurhuda, sati ucapkan tahniah. insyaallah sati sampai. (itupun kalau boss n mem besar bagi pegi. humm)

August 12, 2010

seminggu berlalu (Rasheedy)



al-fatihah.

lost my word when i received the news.
he moved on to meet his All Mighty Creator.
you will be missed.

Rasheedy 1987-2010

August 05, 2010

Gambar Perkahwinan, apa perlunya?

aku dah attend banyak majlis perkahwinan. sedara mara mahupun rakan terdekat keluarga aku. persiapan ada yang bagai nak gila. semua mesti perfect. ada pulak yang simple ala kadar. cukup yang wajib dilakukan, yang lain boleh dikemudiankan. macam macam orang ade macam macam ragam.

masa aku tengok kawan aku kawin, aku datang majlis nikah dia. simple tapi meriah dikalangan saudara mara dan sahabat handai. cukup buat dirumah. tak ade backdrop, tak ade pelamin untuk sarung cincin (resepsi diadakan kat dewan kemudiannya), tak ade bunga2an hiasan. cuma ada 2 lapik duduk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. acara akad dilakukan ditengah rumah. semua orang boleh dengar, semua orang tadah tangan doa bersama untuk kebahagiaan pengantin tu. aku senyum saja. tadah pun sebelah tangan. sebab apa? sbb aku menyangkut seketul Sony Exmor di leher. baby DSLR milik family. aku bukan photographer jemputan, aku datang kerana aku sekadar seorang teman. nak dapat ambik gambar eksklusif memang payah nak dapat peluang. kalau kita ambik pun mesti ada gmbr tangan or camera photographer ni tadi menyelit dalam gambar yang kita ambik. haih. bagi can la sikit !

post ni aku karangkan sebab tadi aku merewang diFB. aku tengok gambar2 yang diupload dan ada kawan FB aku ditag dalam tu. aku terjumpa 1 album pernikahan sepasang pengantin di selangor. (juga diadakan akad di rumah) aku tengok gambar2 dia, cantik2 belaka. aku puji kehebatan photographer tu. gambar pakcik makcik atok nenek yang dia ambik semuanya hidup dan menyentuh hati aku. mungkin kita tak perasan nenek2 yang datang majlis akad cucu-cucunya. mereka orang tua yang kadang kala kita terlepas pandang. mereka orang yang dah lama makan garam ni sebenarnya bila aku tengok gambar mereka, aku jadi sayu. ape taknya, wan aku haritu cakap: dapat wan merasa duit ati bila dah kerja ni. dulu kecik je, sekarang dah anak dara (aku dulu tinggal kat kampung, berjiran dengan wan baruh). bila lagi nak kawin? ..........wan oh wan...huhu. nanti sampai la jodoh cucumu ini, Insyaallah.

oh sambung pasal gambar2 kawin ni, aku dapat merumuskan 2 perkara.

1)bila nak kawin, kita hire photographer untuk amik gambar2 cantik masa majlis perkahwinan. belanja photography saja dah nak makan 2000. tapi sedarkah korang, untuk mendapatkan gambar yang cantik, semua persiapan mestilah cantik, dan harga persiapan ini juga 'cantik' belaka.

2)bila tengok gambar kawin, banyak gambar pengantin. tak kira laki or perempuan. baju tukar berpasang2. persalinan dan sebagainya. dari pagi bawak ke petang sambung sampai malam. dari dalam rumah sampai luar rumah, tengah bendang, tepi laut, dalam taman tepi sungai dan sebagainya. tapi korang perasan tak yang dalam album kahwin ni semua, tak banyak gambar orang2 yang tak kurang pentingnya berbanding pengantin? siapa orang2 ni? mereka ialah ahli keluarga yang berhempas pulas menjayakan majlis. yang rajin duk tepi pelamin je ade gambarnya. mana gambar maklang yang asyik menyiapkan lauk untuk tetamu? mana gambar sepupu lelaki kita yang asyik membasuh cawan dan pinggan kat port dapur? mana gambar jiran-jiran yang tolong memasak lauk kenduri kita? mana gambar abang chik yang sibuk terkejar sana-sini nak kendalikan tok imam, rombongan pengantin, pasukan kompang dan sebagainya? perasan tak dalam album kahwin kita tak ade gambar mereka ni semua? paling sedih bila aku dapat tengok album kahwin mereka (nak nak pulak yang custom made tu) bersama maklang, sepupu lelaki dan jugak abang chik. mereka tersenyum dan memuji2 pengantin cantik dan sama padan. tapi sebenarnya dalam hati kecik mereka, mereka tercari2, kot2 ada gambar mereka...."ohhh, baru teringat, aku sibuk basuh pinggan mangkuk, mana nak ada gmbar dalam ni" kata sepupu kita senyap2 pada dirinya.

aku harap sangat, kalau sampai jodoh aku satu hari nanti, aku tak lupa pesan pada photographer aku nanti, menyatakan, "Encik-tukang-ambik-gambar, jangan lupa snap gambar maklang yang sibuk melayan tetamu. jangan lupa sepupu sepapat aku yang terkejar sana sini membantu mana patut. jangan lupa jiran tetangga aku. jangan lupa adik2 aku yang sibuk menguruskan hal-hal dihari bahagia aku. sebab tanpa mereka semua, hari ni takkan jadi hari bahagia aku .ini bukan hari bahagia aku seorang sahaja, ini hari bahagia mereka juga,"

p/s: berangan je la nak ade photographer untuk majlis kawin. semua orang sila bawak camera masing2, nanti dah majlis aku minta korang transfer saja ke laptop aku. ahahaha. banyok la koleksi gamba nanti. teehee =)


p/s no 2: masa aku tengok gambar kawin tadi, media player aku duk nyanyi lagu Neutron Star Collision. haha. memang tepat dengan tema gambar yang aku tengok masa tu. sweet sangat. (kalau nak tunggu lagu maher zain, tak tau la track nombor brapa. hohoho)



August 04, 2010

Sedekah amalan mulia (Atok Cendol)

harini aku g ngaja la kat Pilah. on the way balik, singgah makan Cendol Pulut Atok Ulu Bendul tu. smalam lalu, gerai dia tutup pulak. frust. pagi tadi lalu, belum bukak (mana ade org makan cendol pukul 8stgh pagi). so balik tgh hari aku pun menyinggahkan diri aku.

aku suke cendol atok ni sebab rasa dia tak manis sangat. sambil makan boleh la bace sorat khabar sambil melayan atok ni bercerita pasal anak2 dia. ada yang keje TNB, ade yang keje ape tah lagi. bagus lah atok. anak2 atok jaga atok. sakit atok, diorang bawak g hospital Columbia. bertuah atok dapat anak2 soleh solehah. saya yang anak boss pun kalau sakit pegi ISZA je. tak pun g Ibnu Sina. bersyukur jugak dapt gi klinik. ade orang miskin bila sakit tak dapat g klinik. xmampu katanya.

oh ye, yang pelik kedai atok ni, aku tgk tiap2 kali aku makan, harga dia brubah ubah. ade masa aku makan cendol campur smua (jagung+kacang+pulut) rm1.70. kadang2 aku makan cendol kosong RM1.50. kadang2 aku makan cendol pulut rm1.50. harini aku makan cendol campur smua tu rm1.50. atok, atok, macam mana atok kira ni? emm takpe lah. murah la rezeki atok selalu hendaknya.

nak dijadikan cerita, bila atok tu kata aku punye cendol rm1.50 je, aku kuarkan la duit rm2.00 yg aku dah standby siap2 nak bayar. (hajat nak makan cendol atok dari smalam, tgh harini ade jugak rezeki aku eh. tu pasal dah standby duit dari Pilah lagi). lpas dah bagi duit rm2.00 tu aku pun cepat2 jalan g kat kereta. aku toleh atok tu yang terkial2 nak cari duit baki 50sen utk aku. dia risau aku lupa nak ambil baki kot.

aku: Takpelah atok. simpan aje lebih tu.
atok:Terima kasih ye! (dia jerit sikit sebab aku dah smpai kat kereta yang aku park kat kawasan rumah beliau)

aku pun start la enjin kete kelisa yang dah calar bumpernye (dikerjakan oleh haziq yang bijak dan hensem tempoh hari). elok2 je aku lalu kat pagar rumah atok tu, dia tahan kereta aku sambil pegang 1 ikat rambutan yang dia jual kat tepi gerai cendol dia.

atok: Ambik la rambutan ni. dah kecut sikit. semalam tak beniaga, takde orang beli. bawak la balik makan rambutan ni ye.

aku terkesima.

aku bagi atok extra 50sen, dia bagi aku seikat rambutan kuning (yg menjadi fevret aku selama ni). alhamdulillah. rezeki aku harini. patut la atok ni murah rezeki, dia rajin memberi. walaupun pada sesetengah orang, seikat rambutan tu tak de ape sangat kalau nak bandingkan makan lamb chop kat restoran mewah, tapi niat suci atok ni nak bagi aku makan rambutan memang aku hargai sangat.

aku:Terima kasih atok.

(dengan senyuman dan rasa segan, aku menerima rambutan tu, letak kat seat sebelah. belum 100m pun aku meninggalkan perkarangan umah atok cendol ni, aku dah start makan rambutan. hihi)

aku sampai di office, aku bawak turun rambutan yang seikat tadi. aku dah makan beberapa bijik. aku bagi budak office habiskan. semoga pahala atok sedekah aku rambutan ni dilipatgandakan bila budak2 office aku makan buah tersebut.

Ya Allah, murahkan rezeki atok cendol =)


atok cendol yang dimaksudkan beroperasi tak jauh dari ULu Bendul menghala Pilah. dekat dengan TIUB (Telur Itik Ulu Bendul)

July 02, 2010

rumah dipechah masok

harini ada ISO briefing kat office. and i need to get our whiteboard from rumah pinggiran. sampai2 rmah aku dapati rumah kna masuk pencuri. mengikut report dari makcik rumah sebelah yang namanya tidak ingin disiarkan disini, rasa2nya dah 2 malam kejadian tu berlaku. aigo...napa tak telepon pulis or kitorang? haiya. takpe2. aku pun menyevey(mmbuat survey) keliling rumah. mmg kna potong rupanya gril umah. lahanat betul pencuri. tak cukup ngan tu, aku masuk bilik2 pulak, macam tongkang pechah suda. mengucap panjang aku tadi pagi. nasib nak buat macammana. rezki pencuri tu nak dapat dosa lebih. humm

fakta kecurian
1)rumah di-blackout oleh pencuri itu.
2)pencuri sempat makan2 kacang n minum air sejuk kat dapur
3)kek besday maklong juga licin disental pencuri
4)pencuri sempat2 bersantai tengok tv n main gundam adik
5)mangkuk ayun itu juga sempat bersantai2 di bilik adik pompuan juga.

"they (penchuri) take it to the next level (bersantai di rumah orang yang dipecah masuk oleh mereka)"


semoga Allah membalas ke-panjangtangan-an mereka dengan balasan yang setimpal.

p/s:gambar hiasan sahaja.

May 20, 2010

jumaat tiba lagi

haha, tajuk macam takde idea je. suka hati kau lah isaty.

pagi ni isaty bangun awal la mcm biasa(oh awal la sangat). hanya perlu gosok baju Susu saja. sebab ayish pergi camping sekolah di seremban. p/s:rasa mcm gosok baju tu ngigau pun ade gak. hihi.

dah siap gosok baju tu mak pun suruh isaty masak air. nanti ayh balik dari hantar Susu dia nak brekfest. emm.. baru je nak melangkah turun BlekBeri isaty bunyi*ling*... ah ha! itu tandanya ade text baru masuk. siapakah awal pagi ini sudah text? jeng jeng jeng. lorr rupanya sapeq tu. lupe la pulok dia keje mlm tadi n awal pagi ni je. hihi.selalu tak kejut isaty kalau dia bangun awal. alasan tak mau ganggu isaty tido la kan/ tahukah kamu, isaty dah bangun??? ish ish ish p/s:isaty sangat terlupa sapeq kerja pagi sbb malam tadi dah tertido. tak sedarkan diri. tau tau je dah pagiiiiii.



selamat rehat sepanjang hari ye sapeq. dan selamat ber-stand by mulai pagi esok. isaty kena g opis la nampaknye. huargh... ngantuk


May 17, 2010

plan harian tak berapa menjadi dan mimpi di tidur petang

wuit.... ni post malam. post yang mengkontrakan aktiviti yang dirancangkan pagi tadi. hahaha. separuh je aku buat. aku tak g pun cucuk kucing, tengok kuda ataupun cari baju kat ocean tu. sebaliknya aku g tesco beli air mineral utk kegunaan kursus, pegi beli buku kat mph (sebab nak guna voucher mph yg hampir due) n beli tshirt kat jusco. hahaha. sekurang-kurangnya aku ade plan yg disusun awal2 lagi. takde la aku tersasar dari hala tuju yang utama.

ucapan pembukaan kursus aku berjaya dibuat dengan sirius. tekun betul abang kontraktor ni dengan aku becakap. al maklumlah 1st day 1st session. hihi. korang tunggu la hari ke3. sangap muka masing2 nak dengar talk dari lecturer. hihi. memang bagus. atleast mereka dengar aku cakap. n dapat la aku claim extra 60 hinggit dalam borang claim aku bulan ni. ada bagus? yeah...($_$) hihi. si mata duitan.



p/s: tadi aku tido petang n bermimpi jumpe kawan aku, mimpi blackberry aku jatuh lalu pecah sebab ade orang langgar aku. ceh. aku juge cedera dalam mimpi tersebut. aiyoo... bahaya la tido petang neh. tak mau la buat esok. lusa , tulat tak siapa yang tau aku buat balik ke tak. hihi.

May 16, 2010

an early morning post

harini aku akan banyak drive around. my blackberry pun tak akan dapat perhatian sangat (its ok. no one gonna find me today. hihu) i'll do opening @mutiara oakland in an hour but still aku tak siap2 or even mandi wangi2 ni. after that akan ke kedai kek mengambil kek ari guru untuk sekolah lamaku. pas da amik kek mesti la g hantar kan? takkan aku nak makan lak kek tu. pastu aku akan menyinggah di mutiara untuk tengok feedback peserta. then pegi ofis kejap untuk meminta claim hotel aku aritu kat melaka dipercepatkan kelulusannya. hihu ($_$). kemudian berhajat nak hantar kucing ke kelinik untuk cucukan dia dan menyinggah di kuda. err (yg kuda ni niat je lebih. takut bukan main) so, korang ade nampak ke slot aku nak bersenang-lenang? aku bz jd runner sekarang neh. sila jangan jeles. hihu.

cerita gambar: ni la panduan ku semasa menjalankan tugas peon. [warna kereta adalah lain. terima kasih boss bagi guna kereta company (^_^)]


ping! smlm ade ushar tshrt itam kat parkson. humm.. lepas tengok kuda karang singgah ocean nak? ushar tshrt kat sana lak. (macam kau banyak duit ni isaty. kau hutang akaun cimbislamic ko 200 kot. baik ko bayar balik hutang tu. sedar diri sikit. bulan ni n bulan depan banyak nak pakai duit tahu!)


kapel dan pengurusan kewangan.

semalam aku chat ngn N. dah lama aku tak tanya kabar N. lama sangat tu tak la tapi bila aku congak da agak berbulan tak mengikuti perkembangan N. nasib baik sihat kawan aku yg sorang ni. hihi. N, sila gigih melayan aku lagi pasni berchatting okies? jgn mereng terlebih dahulu sebelum aku.

borak punya borak, tiba2 kitorang tersampai kat topik best. pasal kapel2 ni. humm.. aku ckp kat N yg aku tak setuju bila mamat2 boifren suke blanje2 aweks barang2 mahal time kapel. pada aku mamats ni semua bukannye konfem jadi laki aweks ni. ye la, keje susah payah, dapat gaji g beli handbag LV seketul untuk awek. tetttt (ko keje ape ha mamat? jual dadah ke kaya raya buleh beli handbag LV kat awek ko? hihi. nak jugakkkkk (tolol ko isaty. tu boipren org lain ok!!) siap dengan blanje makan mewah2 kat tempat2 yang aku pun tak penah pegi [maklumla isaty ialah orang kampung])

aku mmg biasa tengok time belaja kat uni dulu, lelaki2 gentlemen menyara awek diorang. jemput hantar g kuliah, makan tanggung, tengok wayang, beli baju, beli kasut, beli singgam, beli beruang semua pun lelaki2 ni yg belikan. (bagus ek dapat boipren cenggini?) kalau buleh awek tinggal nganga je, boipren suapkan. hikhik. da gedik sangat la tu nak makan pelempang aku. muntah ok. belaja tak habis, ade hati nak menggedik (ni kes jeles dulu zaman belaja isaty mcm nerd je baik, rajin, berdedikasi. hahaha.. gilo ngaku bagus)--->korang sedar tak yg boipren korang ni sama je dapat duit ptptn mcm awek diorang? humm... kalau semua pun kerat dua share ngan awek, mmg patut la boipren tu semua kurus kering.

kesian pulak aku kat boipren ni semua. takpelah. dah nasib korang. tak dapat aku tolong pun.

tapi N cakap,
bila boipren ni beli barang mahal utk awek, tu tanda sayang dia. (oh, sayang sekarang ukur dengan material. baru nampak) kalau tak mahal, janji ada sentimental value. weee... hebatnye boipren zaman sekarang =) . betul ke? hummm. betul jugak aku rasa. sebab ape, kita tak buleh makan mekdi kalau nak bayar bikmek tu dengan kasih sayang, betul x?. cashier tak terima kasih sayang ok. mereka terima duit. betul jugak cakap N.

hihi. bila aku cakap ngn N, N selalu buat aku pikir semula pendirian aku. ye la. aku jenis tak suka kalau org bukan famili belikan aku barang2 mahal (sebab da fobia). kalau boipren nak belikan ke, aku rasa aku patut berpada2 eventho boipren iklas bagi. nak tau knapa? aku rasa org yang selayaknya memberi aku kesenangan dan kebahagiaan selain mak ayh, adik beradik n sedara mara ialah suami aku. humm...nti da jadi suami aku kikis la kat mana buleh. selagi mana dipanggil tanggungjawab aku tuntut la. tapi kalau nak bagi lebih, adalah lebih baik. hehe.

p/s: kepada aweks2 di luar sana, sedar2 la diri. boifren bukan suami anda. kalau makan tu berkongsi la duit. kadang2 offer la nak bayar yang posen2 dalam bill tu. contoh rm56.70, boipren bayar rm56, awek bayar ah 70sen. atleast bagi. nampak suwit je hihi. (ni petua bodo, bukan untuk diamalkan) kalau nak minta barangan tu beringat2 la. kalau boipren anda ank raja, tak pe la. tapi kalau anak rajagopal pemandu teksi, jangan buat perangai ok?



cerita gambar: tadi isaty bawak adik pegi M(ekdi). ingatkan nak makan bikmek, tapi rupenya adik isaty nak makan eskim cokotop je. cess... nanti da dapat gaji, isaty nak belanje seseorang makan bikmek dan air milo. huhu

May 15, 2010

seorang bystanders gemok dan sedikit kelabu asap nak becakap

aku seorang bystanders.

bystander macam aku banyak ruang2 kosong. ruang buat aku lack creadibilty utk buat judgement, dan juga ada ruang utk aku nilai korang dengan lebih terbuka. ntah. korang pernah ke cuba ape aku tgh rasa? tak agaknya.

bystanders macam aku pegang satu prinsip.
dalam hidup aku berkawan, aku hanya bagi 1x nasihat atas 1 perkara. itu pun kalau korang minta.

ada yg minta, aku bagi tapi tak ikut. tak pe la. maybe ape yg aku nasihatkan tak cukup bagus.
ada yang tak minta, aku bagi tapi berubah. bagus la.

kan rmc kan? haha.
rmc da kena dah ngan aku. haha. tatau la ape yg dia dapat dari nasihat aku.

p/s:semoga rmc tak terpesong setelah mendapat pendapat isaty ye =) lol.



p/s:bystanders ialah org yang tak masuk campur. org atas pagar pun ye jugak kalau disuruh memilih side. tapi kalau suh duk atas pagar cam kat atas ni, aku mmg tak nak ah. tambah lobang buntut aku nanti. hihi

April 18, 2010

maybe, just maybe

i was thinking bout canceling this blog account (again) since i don't get anything by posting stories up here on the net. i don't have time to please someone else by my stories. what happen to me is for them in my reach sahaja perlu tahu. kan? i'll give this blogging thing another month or so. hummm

February 16, 2010

tak update sebab tak ada idea

mokcik, kami nak pegi keje doh ni, lain kali la hapdate blog ni eh?
-sekian-

p/s:mcm haram betul penulis blog ini (ye, aku la tu)

p/s no.2:harini ni nak menggagahkan diri melawat Dr.Ros di icu/ccu(not sure) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. beliau kemalangan dan sedang koma. hopefully dia cepat sedar. salah seorang ank beliau meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. sama2 kita doakan beliau eh kawan2....

p/s no.3:-sekian- (sekali lagi, kire konfem penutup la)

January 18, 2010

10 years ago

19 Januari 2000, 10 tahun yang dulu aku n rakan2 dari 1 malaysia ni berkumpul di suatu tempat yang bergelar sekolah. ye, sebuah sekolah bernama . tak lama lepas tu sekumpulan kecil lagi kawan2 menyertai kami di situ. gambaran 10 tahun lepas agak kabur pada ku sebab aku hanya ingin pulang kerumah (homesick giler sepanjang 5 tahun duk asrama). pengakuan jujur okeh !

aku hanya lah orang2 kebanyakan yang berbaju putih berkain biru kesekolah dengan plan plan nakal. di asrama juga sangat memeningkan orang juga. kelakar pula rasanya bila kenang2 balik. abang gayah pernah cakap kat aku bahawa tangannyalah yang membesarkan kami masa zaman sekolah sebab belikan 'makan malam' kami time study, aku tersenyum senang. abang gayah memang baik dari dulu sampai skarang. (tapi dia masih cuba buli aku !!)

masa form 4, ada kawan2 yang tinggalkan kami (salah seorangnya termasuklah ank mama si mirul tu (harini besday dia)) dan ada juga yang masuk. walaupun banyak wajah bertukar ganti, kita tetap macam adik beradik walaopun lain mak lain ayah. setiap seorang dari kita umpama permata dari kampung halaman (or bandar halaman kalau korang prefer yg tu), dihantar ke sekolah tu untuk digilap. kita kemudian dicampak serata alam. haaa....yang kemudiannya menjadi orang.

salah seorang dari kita sudah kembali ke pangkuanNya. semoga Allah mencucuri rahmat keatas sahabat kita yang seorang ni. tak lama lagi ada pula yang nak menikah. okeh kawan2, kita sudah ada benchmark. boleh sambung ramai2 lepas ni. memandangkan majority korang sudah dan about to complete korang punya study kan, ape salahnya mengikut jejak Tg Aqilah anak YDP PIBG kita. haha.. tahniah eh.

10 tahun macam2 cerita. 10 tahun macam2 gaya. 10 tahun kenangan kita semua. huhu... rasa dah tua pulak nak masuk umo 23 ni.

p/s: ade orang berkhabar di salah satu foto hangat di FB yang ade antara kita yang mahu bertunang bulan 2. baik mangaku or someone please please please spill the beans !!!!! ehe...

January 14, 2010

baju tunang

hari ni mak suh try baju tunang yang sepatutnya mak pakai masa hari petunangan mak dan ayah dulu but she end up wearing baju lain sebab mak long kata baju tu gelap. aku yang dah macam apam ni takut nak pakai sebenarnya sbb risau nampak macam pembalut nangka je baju tuh. alih2 tengok muat. haaa... teruja pulak aku neh. nanti nak balik kampung mau pakai baju tuh untuk tangkap gambar. mak kata mak nak buktikan yg mak dulu kurus.
(ni gambar yang berjaya di snap masa kat kampung)

p/s: mak aku dulu lagi kurus dari aku sebenarnya. sangat kurus kot! sebab tu laku awal. ehehe (aku berusia 23 tahun ni dan menjadikan mak berusia 45 tahun. muda kan mak aku? ehe !!

January 11, 2010

Pelaminnya pula




untuk maklumat lanjut mengenai pelamin, hantaran, baju tunang, nikah dan sebagainya daripada Inspirasi Cinta, sila hubungi saya

(picca : credit to Aino)

Raja Sehari



Raja Sehari (Sopi & EJ)




January 10, 2010

Hantaran 1 (Putih-Hijau[pihak perempuan] dan Sangkar[pihak lelaki])

Tahniah kepada mereka (Sopi & EJ) yg mealngsungkan perkahwinan mereka.
ni sikit sebanyak gambar hantaran mereka. yg theme putih hijau ni tak dapat amik semua picca coz org sebenarnya tgh ramai atas stage utk mengabadikan gambar kenangan dengan mempelai yang diraikan. okeh mari kite lihat


ni hantaran dari pihak permpuan - 9 dulang.
dari belakang, kiri - cokelet rocher, kek pat segi, kasut, buah, baju, belt & wallet, perfume, laptop dan sirih junjung.


kasut (gambar belakang) , wallet & belt


perfume escada


sirih junjung

laptop acer yang comey tuh (^_^) i like


ni hantaran dari pihak permpuan - 7 dulang.
dari belakang, kiri - something inside a box (tak perasan ape sbb ni aku tak tolong buat), jam tangan, cokelet2, beg & kasut, kek bulat, sirih junjung dan perfume.

ni la cokeletnya. actually cokeletnya sama je dari 2,2 pihak sebab 1 wedding planner yang buat hantaran diorang. haha

perfume paul smith

kek bulat yang syomel

sirih junjung moden

beg n kasut

ni aku tatau ape =)

jam tangan
kepada yang berminat untuk menempah hantaran perkahwinan mereka, boleh hubungi saya. tema dan harga boleh runding =)

on behalf of

'Inspirasi Cinta: Wedding and Event Planner'


January 07, 2010

MAS TOUCHDOWN

kejutan demi kejutan & terengganu

aku dah jumpe kawan2 aku yang aku cari. jujur aku cakap aku rindu diorang tapi aku tak tahu mana silapnya, aku tak pernah terjumpa diorang ni kat mana2 sebelum ni. sekaligus buat aku lupa kehadiran mereka satu masa dulu dalam idup aku. kadang2 aku salahkan kawan2 aku bila kitorang dah tak pernah berhubung lagi, tapi mungkin itu sebenarnya salah aku.aku yang tak berani approach diorang. aku akan cuba ubah tapi bukan secara drastik la. sebab kadanng2 aku rasa aku berada bukan di tempat yang sebetulnya untuk cari balik kawan2 aku neh. contohnye apis hamzah (sile jgn terasa hati ye) yang aku baru 'jumpe' tahun lepas. msg banyak kali. pastu senyap. nak tau kenapa mcm ni? aku jenis yang tak kuar rumah sangat untuk jumpe kawan2. so bila jumpe thru net ni mmg la heppy gila tapi aku xde effort nk kuar beramah mesra ngn kawan2 aku. masa kat penang dulu pun aku jarang la ikut budak2 ni hang out main bowling ke, lepak tepi laut ke. selalunya aku skip aktiviti ni atas sebab2 tertentu yang tak mahu dikongsi di sini. aku dulu nak sangat ikut 'budak2 atas' g duk tepi runway tgk plane yang bising tu. tapi mereka pegi dengan buah hati, aku nk nyelit pun rasa tak sedap. lagi pun masa tak sesuai. jadi murid en.azlan kena lebih dedikasi. so aku bnyk masa kat bilik or studio. macam tak de masa nak have fun je. lagipun cara aku habiskan masa luang aku adelah dengan lepak MPH, Borders n kadang2 popular. tempat2 ni best sebab hobi aku berakar umbi kat sini la. [berhasrat nak buat bilik bacaan & kerja bila dah ada rumah sendiri nanti]. mungkin aku nak cuba keluar have fun sikit nanti. tengok lah. pakcu, kalau pakcu baca blog neh, ajar saya main bowling boleh x??? pakcu kan terer main bowling. hehe.

sikit sebanyak aku nak uplod picca family vacation ke pantai timur arituh. nana si radio hangat kami tak ada bersama.... rindu celoteh kamu yang tak habis2. kamu bakal jadi dokter terhebat ye nana =) sila berusaha gigih dan nanti kite jalan2 sama2 k? [boleh start doa aku pegi jordan melawat kamu. mahu ngak?]ni mak saye... cun tak?

ayah n ayish (dan lain2 juga) sedang menuggu akok dan kuih bakar. habis semua kitorang balun


ni budak gelabah. ko nampak tak pipi ko tu sama je ngn pipi aku. sila diet hanip !!


wish list turned hobby..

mula2 aku nak buat post pasal wish list aku yang berbunyi begini :-

1. PSP Go
2. Rak Buku
3. Buku Baru
4. Pegi Jalan2
5. Bangun awal tiap2 hari
6. Melawat kawan2 di Penang
7. Melawat Konvo kawan2 n kakak =)
8. Menulis cerita bengong
9. Cari kawan lama
10. Buat kek banyak2
11. Jam tangan
12. Buat Selendang banyak2
13. Belajar shopping
14. Kumpul duit beli kereta
15. Nak jadi anak yg Baek tapi gedik =) (ahahahha.....)


pastu tiba2 aku perasan wish list aku ni membuat kan aku tiba2 berhobi baru (ayat apekah ini?). jum lah tengok ape yg aku buat arini [berkaitan wish list sahaja]

1. PSP Go (aku mula mencanang kat adik lelaki aku pasal psp go sebab diorang dah kehilangan psp merah menyala pembelian ayah di canada dulu. oh padan muka korang. dan dalam proses memujuk2 syafiq membelikannya untuk aku satu hari nanti. huhu. kesian dia. tak pasal2 aku minta belikan)


2. Rak Buku (aku mula bercita2 nak pegi ikea [sebenarnya tak suka ikea sbb dia besar sangat] n shopping book shelf yang panjangnya tak sampai sedepa aku yg pendek ni pun)


3. Buku Baru (dah nak habis buku yg kawan aku adiahkan aritu. tiba2 blurr mana nak cari buku baru untuk isi masa lapang. so aku end up cari hobi lain sementara tunggu aku ade supplier baru.


4. Pegi Jalan2 (kalau nak g kenduri kezen kat sentul kira jalan2 x?)


5. Bangun awal tiap2 hari (aku kena gosok baju adik sebenarnya. nanti ina dah balik nz aku kena amik alih tugasan itu pula)


6. Melawat kawan2 di Penang (sebenarnya nak jumpe kak azuwa je pun)


7. Melawat Konvo kawan2 n kakak =) (sedang membuat belanjawan untuk aktiviti ini-skill duit aku dipertajamkan lagi. bagus!)


8. Menulis cerita bengong (tiap2 kali aku buat keje guna word processor mesti idea datang mencurah2. aku jugak teringat kat kawan2 sekolah menengah yang rajin tolong bace hasil gila aku tuh. ermmm...aku perlukan ilham. ohye, mungkin boleh panggil budak ilham yg kawan ngn adik aku tuh. hehe)


9. Cari kawan lama (aku dah jumpe seketul kat FB. Faizul, ko sempat lagi ngata pipi aku yg mcm buah epal sangkut kat dalam mulut ni kan....jahat ko neh!!!)


10. Buat kek banyak2 (cup cakes...so jadi la banyak kek kan kan kan????)


11. Jam tangan (habit baru ialah pakai jam tangan si buah hati, bila la nak merasa ada jam sendiri)


12. Buat Selendang banyak2 (aku dah buat 6 selendang. 4 warna itam , dua kaler mcm pink purple. 1 slendang itam sudah di jahit manik2. bagi glamour sikit selendang aku tuh cik senah oi... lip lap lip) ~sebenarnya ade buat slendang corak2 tapi mls nak pakai sbb tak bnyk baju match dgn slendang corak2 ni. [mana tak nya aku tak de baju kurung plain. kna start menempah baju kurung pulak lpas neh]


13. Belajar shopping (yg ni kena menuntut dengan mak, ina, aino, syafiq dan ramai lagi)


14. Kumpul duit beli kereta (bulan ni dapat sep 500 je? ape nak jadi ni badigol. ko joli duit gaji ko bagi habis bakpe???!!!)


15. Nak jadi anak yg Baek tapi gedik =) (ahahahha.....malu saye =p )



semoga aku heppi ngn wish list aku. sekian, terima kasey!! (ala2 alleycat sket)