January 18, 2010

10 years ago

19 Januari 2000, 10 tahun yang dulu aku n rakan2 dari 1 malaysia ni berkumpul di suatu tempat yang bergelar sekolah. ye, sebuah sekolah bernama . tak lama lepas tu sekumpulan kecil lagi kawan2 menyertai kami di situ. gambaran 10 tahun lepas agak kabur pada ku sebab aku hanya ingin pulang kerumah (homesick giler sepanjang 5 tahun duk asrama). pengakuan jujur okeh !

aku hanya lah orang2 kebanyakan yang berbaju putih berkain biru kesekolah dengan plan plan nakal. di asrama juga sangat memeningkan orang juga. kelakar pula rasanya bila kenang2 balik. abang gayah pernah cakap kat aku bahawa tangannyalah yang membesarkan kami masa zaman sekolah sebab belikan 'makan malam' kami time study, aku tersenyum senang. abang gayah memang baik dari dulu sampai skarang. (tapi dia masih cuba buli aku !!)

masa form 4, ada kawan2 yang tinggalkan kami (salah seorangnya termasuklah ank mama si mirul tu (harini besday dia)) dan ada juga yang masuk. walaupun banyak wajah bertukar ganti, kita tetap macam adik beradik walaopun lain mak lain ayah. setiap seorang dari kita umpama permata dari kampung halaman (or bandar halaman kalau korang prefer yg tu), dihantar ke sekolah tu untuk digilap. kita kemudian dicampak serata alam. haaa....yang kemudiannya menjadi orang.

salah seorang dari kita sudah kembali ke pangkuanNya. semoga Allah mencucuri rahmat keatas sahabat kita yang seorang ni. tak lama lagi ada pula yang nak menikah. okeh kawan2, kita sudah ada benchmark. boleh sambung ramai2 lepas ni. memandangkan majority korang sudah dan about to complete korang punya study kan, ape salahnya mengikut jejak Tg Aqilah anak YDP PIBG kita. haha.. tahniah eh.

10 tahun macam2 cerita. 10 tahun macam2 gaya. 10 tahun kenangan kita semua. huhu... rasa dah tua pulak nak masuk umo 23 ni.

p/s: ade orang berkhabar di salah satu foto hangat di FB yang ade antara kita yang mahu bertunang bulan 2. baik mangaku or someone please please please spill the beans !!!!! ehe...

January 14, 2010

baju tunang

hari ni mak suh try baju tunang yang sepatutnya mak pakai masa hari petunangan mak dan ayah dulu but she end up wearing baju lain sebab mak long kata baju tu gelap. aku yang dah macam apam ni takut nak pakai sebenarnya sbb risau nampak macam pembalut nangka je baju tuh. alih2 tengok muat. haaa... teruja pulak aku neh. nanti nak balik kampung mau pakai baju tuh untuk tangkap gambar. mak kata mak nak buktikan yg mak dulu kurus.
(ni gambar yang berjaya di snap masa kat kampung)

p/s: mak aku dulu lagi kurus dari aku sebenarnya. sangat kurus kot! sebab tu laku awal. ehehe (aku berusia 23 tahun ni dan menjadikan mak berusia 45 tahun. muda kan mak aku? ehe !!

January 11, 2010

Pelaminnya pula




untuk maklumat lanjut mengenai pelamin, hantaran, baju tunang, nikah dan sebagainya daripada Inspirasi Cinta, sila hubungi saya

(picca : credit to Aino)

Raja Sehari



Raja Sehari (Sopi & EJ)




January 10, 2010

Hantaran 1 (Putih-Hijau[pihak perempuan] dan Sangkar[pihak lelaki])

Tahniah kepada mereka (Sopi & EJ) yg mealngsungkan perkahwinan mereka.
ni sikit sebanyak gambar hantaran mereka. yg theme putih hijau ni tak dapat amik semua picca coz org sebenarnya tgh ramai atas stage utk mengabadikan gambar kenangan dengan mempelai yang diraikan. okeh mari kite lihat


ni hantaran dari pihak permpuan - 9 dulang.
dari belakang, kiri - cokelet rocher, kek pat segi, kasut, buah, baju, belt & wallet, perfume, laptop dan sirih junjung.


kasut (gambar belakang) , wallet & belt


perfume escada


sirih junjung

laptop acer yang comey tuh (^_^) i like


ni hantaran dari pihak permpuan - 7 dulang.
dari belakang, kiri - something inside a box (tak perasan ape sbb ni aku tak tolong buat), jam tangan, cokelet2, beg & kasut, kek bulat, sirih junjung dan perfume.

ni la cokeletnya. actually cokeletnya sama je dari 2,2 pihak sebab 1 wedding planner yang buat hantaran diorang. haha

perfume paul smith

kek bulat yang syomel

sirih junjung moden

beg n kasut

ni aku tatau ape =)

jam tangan
kepada yang berminat untuk menempah hantaran perkahwinan mereka, boleh hubungi saya. tema dan harga boleh runding =)

on behalf of

'Inspirasi Cinta: Wedding and Event Planner'


January 07, 2010

MAS TOUCHDOWN

kejutan demi kejutan & terengganu

aku dah jumpe kawan2 aku yang aku cari. jujur aku cakap aku rindu diorang tapi aku tak tahu mana silapnya, aku tak pernah terjumpa diorang ni kat mana2 sebelum ni. sekaligus buat aku lupa kehadiran mereka satu masa dulu dalam idup aku. kadang2 aku salahkan kawan2 aku bila kitorang dah tak pernah berhubung lagi, tapi mungkin itu sebenarnya salah aku.aku yang tak berani approach diorang. aku akan cuba ubah tapi bukan secara drastik la. sebab kadanng2 aku rasa aku berada bukan di tempat yang sebetulnya untuk cari balik kawan2 aku neh. contohnye apis hamzah (sile jgn terasa hati ye) yang aku baru 'jumpe' tahun lepas. msg banyak kali. pastu senyap. nak tau kenapa mcm ni? aku jenis yang tak kuar rumah sangat untuk jumpe kawan2. so bila jumpe thru net ni mmg la heppy gila tapi aku xde effort nk kuar beramah mesra ngn kawan2 aku. masa kat penang dulu pun aku jarang la ikut budak2 ni hang out main bowling ke, lepak tepi laut ke. selalunya aku skip aktiviti ni atas sebab2 tertentu yang tak mahu dikongsi di sini. aku dulu nak sangat ikut 'budak2 atas' g duk tepi runway tgk plane yang bising tu. tapi mereka pegi dengan buah hati, aku nk nyelit pun rasa tak sedap. lagi pun masa tak sesuai. jadi murid en.azlan kena lebih dedikasi. so aku bnyk masa kat bilik or studio. macam tak de masa nak have fun je. lagipun cara aku habiskan masa luang aku adelah dengan lepak MPH, Borders n kadang2 popular. tempat2 ni best sebab hobi aku berakar umbi kat sini la. [berhasrat nak buat bilik bacaan & kerja bila dah ada rumah sendiri nanti]. mungkin aku nak cuba keluar have fun sikit nanti. tengok lah. pakcu, kalau pakcu baca blog neh, ajar saya main bowling boleh x??? pakcu kan terer main bowling. hehe.

sikit sebanyak aku nak uplod picca family vacation ke pantai timur arituh. nana si radio hangat kami tak ada bersama.... rindu celoteh kamu yang tak habis2. kamu bakal jadi dokter terhebat ye nana =) sila berusaha gigih dan nanti kite jalan2 sama2 k? [boleh start doa aku pegi jordan melawat kamu. mahu ngak?]ni mak saye... cun tak?

ayah n ayish (dan lain2 juga) sedang menuggu akok dan kuih bakar. habis semua kitorang balun


ni budak gelabah. ko nampak tak pipi ko tu sama je ngn pipi aku. sila diet hanip !!


wish list turned hobby..

mula2 aku nak buat post pasal wish list aku yang berbunyi begini :-

1. PSP Go
2. Rak Buku
3. Buku Baru
4. Pegi Jalan2
5. Bangun awal tiap2 hari
6. Melawat kawan2 di Penang
7. Melawat Konvo kawan2 n kakak =)
8. Menulis cerita bengong
9. Cari kawan lama
10. Buat kek banyak2
11. Jam tangan
12. Buat Selendang banyak2
13. Belajar shopping
14. Kumpul duit beli kereta
15. Nak jadi anak yg Baek tapi gedik =) (ahahahha.....)


pastu tiba2 aku perasan wish list aku ni membuat kan aku tiba2 berhobi baru (ayat apekah ini?). jum lah tengok ape yg aku buat arini [berkaitan wish list sahaja]

1. PSP Go (aku mula mencanang kat adik lelaki aku pasal psp go sebab diorang dah kehilangan psp merah menyala pembelian ayah di canada dulu. oh padan muka korang. dan dalam proses memujuk2 syafiq membelikannya untuk aku satu hari nanti. huhu. kesian dia. tak pasal2 aku minta belikan)


2. Rak Buku (aku mula bercita2 nak pegi ikea [sebenarnya tak suka ikea sbb dia besar sangat] n shopping book shelf yang panjangnya tak sampai sedepa aku yg pendek ni pun)


3. Buku Baru (dah nak habis buku yg kawan aku adiahkan aritu. tiba2 blurr mana nak cari buku baru untuk isi masa lapang. so aku end up cari hobi lain sementara tunggu aku ade supplier baru.


4. Pegi Jalan2 (kalau nak g kenduri kezen kat sentul kira jalan2 x?)


5. Bangun awal tiap2 hari (aku kena gosok baju adik sebenarnya. nanti ina dah balik nz aku kena amik alih tugasan itu pula)


6. Melawat kawan2 di Penang (sebenarnya nak jumpe kak azuwa je pun)


7. Melawat Konvo kawan2 n kakak =) (sedang membuat belanjawan untuk aktiviti ini-skill duit aku dipertajamkan lagi. bagus!)


8. Menulis cerita bengong (tiap2 kali aku buat keje guna word processor mesti idea datang mencurah2. aku jugak teringat kat kawan2 sekolah menengah yang rajin tolong bace hasil gila aku tuh. ermmm...aku perlukan ilham. ohye, mungkin boleh panggil budak ilham yg kawan ngn adik aku tuh. hehe)


9. Cari kawan lama (aku dah jumpe seketul kat FB. Faizul, ko sempat lagi ngata pipi aku yg mcm buah epal sangkut kat dalam mulut ni kan....jahat ko neh!!!)


10. Buat kek banyak2 (cup cakes...so jadi la banyak kek kan kan kan????)


11. Jam tangan (habit baru ialah pakai jam tangan si buah hati, bila la nak merasa ada jam sendiri)


12. Buat Selendang banyak2 (aku dah buat 6 selendang. 4 warna itam , dua kaler mcm pink purple. 1 slendang itam sudah di jahit manik2. bagi glamour sikit selendang aku tuh cik senah oi... lip lap lip) ~sebenarnya ade buat slendang corak2 tapi mls nak pakai sbb tak bnyk baju match dgn slendang corak2 ni. [mana tak nya aku tak de baju kurung plain. kna start menempah baju kurung pulak lpas neh]


13. Belajar shopping (yg ni kena menuntut dengan mak, ina, aino, syafiq dan ramai lagi)


14. Kumpul duit beli kereta (bulan ni dapat sep 500 je? ape nak jadi ni badigol. ko joli duit gaji ko bagi habis bakpe???!!!)


15. Nak jadi anak yg Baek tapi gedik =) (ahahahha.....malu saye =p )



semoga aku heppi ngn wish list aku. sekian, terima kasey!! (ala2 alleycat sket)