January 18, 2010

10 years ago

19 Januari 2000, 10 tahun yang dulu aku n rakan2 dari 1 malaysia ni berkumpul di suatu tempat yang bergelar sekolah. ye, sebuah sekolah bernama . tak lama lepas tu sekumpulan kecil lagi kawan2 menyertai kami di situ. gambaran 10 tahun lepas agak kabur pada ku sebab aku hanya ingin pulang kerumah (homesick giler sepanjang 5 tahun duk asrama). pengakuan jujur okeh !

aku hanya lah orang2 kebanyakan yang berbaju putih berkain biru kesekolah dengan plan plan nakal. di asrama juga sangat memeningkan orang juga. kelakar pula rasanya bila kenang2 balik. abang gayah pernah cakap kat aku bahawa tangannyalah yang membesarkan kami masa zaman sekolah sebab belikan 'makan malam' kami time study, aku tersenyum senang. abang gayah memang baik dari dulu sampai skarang. (tapi dia masih cuba buli aku !!)

masa form 4, ada kawan2 yang tinggalkan kami (salah seorangnya termasuklah ank mama si mirul tu (harini besday dia)) dan ada juga yang masuk. walaupun banyak wajah bertukar ganti, kita tetap macam adik beradik walaopun lain mak lain ayah. setiap seorang dari kita umpama permata dari kampung halaman (or bandar halaman kalau korang prefer yg tu), dihantar ke sekolah tu untuk digilap. kita kemudian dicampak serata alam. haaa....yang kemudiannya menjadi orang.

salah seorang dari kita sudah kembali ke pangkuanNya. semoga Allah mencucuri rahmat keatas sahabat kita yang seorang ni. tak lama lagi ada pula yang nak menikah. okeh kawan2, kita sudah ada benchmark. boleh sambung ramai2 lepas ni. memandangkan majority korang sudah dan about to complete korang punya study kan, ape salahnya mengikut jejak Tg Aqilah anak YDP PIBG kita. haha.. tahniah eh.

10 tahun macam2 cerita. 10 tahun macam2 gaya. 10 tahun kenangan kita semua. huhu... rasa dah tua pulak nak masuk umo 23 ni.

p/s: ade orang berkhabar di salah satu foto hangat di FB yang ade antara kita yang mahu bertunang bulan 2. baik mangaku or someone please please please spill the beans !!!!! ehe...

No comments:

Post a Comment