May 20, 2010

jumaat tiba lagi

haha, tajuk macam takde idea je. suka hati kau lah isaty.

pagi ni isaty bangun awal la mcm biasa(oh awal la sangat). hanya perlu gosok baju Susu saja. sebab ayish pergi camping sekolah di seremban. p/s:rasa mcm gosok baju tu ngigau pun ade gak. hihi.

dah siap gosok baju tu mak pun suruh isaty masak air. nanti ayh balik dari hantar Susu dia nak brekfest. emm.. baru je nak melangkah turun BlekBeri isaty bunyi*ling*... ah ha! itu tandanya ade text baru masuk. siapakah awal pagi ini sudah text? jeng jeng jeng. lorr rupanya sapeq tu. lupe la pulok dia keje mlm tadi n awal pagi ni je. hihi.selalu tak kejut isaty kalau dia bangun awal. alasan tak mau ganggu isaty tido la kan/ tahukah kamu, isaty dah bangun??? ish ish ish p/s:isaty sangat terlupa sapeq kerja pagi sbb malam tadi dah tertido. tak sedarkan diri. tau tau je dah pagiiiiii.



selamat rehat sepanjang hari ye sapeq. dan selamat ber-stand by mulai pagi esok. isaty kena g opis la nampaknye. huargh... ngantuk


May 17, 2010

plan harian tak berapa menjadi dan mimpi di tidur petang

wuit.... ni post malam. post yang mengkontrakan aktiviti yang dirancangkan pagi tadi. hahaha. separuh je aku buat. aku tak g pun cucuk kucing, tengok kuda ataupun cari baju kat ocean tu. sebaliknya aku g tesco beli air mineral utk kegunaan kursus, pegi beli buku kat mph (sebab nak guna voucher mph yg hampir due) n beli tshirt kat jusco. hahaha. sekurang-kurangnya aku ade plan yg disusun awal2 lagi. takde la aku tersasar dari hala tuju yang utama.

ucapan pembukaan kursus aku berjaya dibuat dengan sirius. tekun betul abang kontraktor ni dengan aku becakap. al maklumlah 1st day 1st session. hihi. korang tunggu la hari ke3. sangap muka masing2 nak dengar talk dari lecturer. hihi. memang bagus. atleast mereka dengar aku cakap. n dapat la aku claim extra 60 hinggit dalam borang claim aku bulan ni. ada bagus? yeah...($_$) hihi. si mata duitan.



p/s: tadi aku tido petang n bermimpi jumpe kawan aku, mimpi blackberry aku jatuh lalu pecah sebab ade orang langgar aku. ceh. aku juge cedera dalam mimpi tersebut. aiyoo... bahaya la tido petang neh. tak mau la buat esok. lusa , tulat tak siapa yang tau aku buat balik ke tak. hihi.

May 16, 2010

an early morning post

harini aku akan banyak drive around. my blackberry pun tak akan dapat perhatian sangat (its ok. no one gonna find me today. hihu) i'll do opening @mutiara oakland in an hour but still aku tak siap2 or even mandi wangi2 ni. after that akan ke kedai kek mengambil kek ari guru untuk sekolah lamaku. pas da amik kek mesti la g hantar kan? takkan aku nak makan lak kek tu. pastu aku akan menyinggah di mutiara untuk tengok feedback peserta. then pegi ofis kejap untuk meminta claim hotel aku aritu kat melaka dipercepatkan kelulusannya. hihu ($_$). kemudian berhajat nak hantar kucing ke kelinik untuk cucukan dia dan menyinggah di kuda. err (yg kuda ni niat je lebih. takut bukan main) so, korang ade nampak ke slot aku nak bersenang-lenang? aku bz jd runner sekarang neh. sila jangan jeles. hihu.

cerita gambar: ni la panduan ku semasa menjalankan tugas peon. [warna kereta adalah lain. terima kasih boss bagi guna kereta company (^_^)]


ping! smlm ade ushar tshrt itam kat parkson. humm.. lepas tengok kuda karang singgah ocean nak? ushar tshrt kat sana lak. (macam kau banyak duit ni isaty. kau hutang akaun cimbislamic ko 200 kot. baik ko bayar balik hutang tu. sedar diri sikit. bulan ni n bulan depan banyak nak pakai duit tahu!)


kapel dan pengurusan kewangan.

semalam aku chat ngn N. dah lama aku tak tanya kabar N. lama sangat tu tak la tapi bila aku congak da agak berbulan tak mengikuti perkembangan N. nasib baik sihat kawan aku yg sorang ni. hihi. N, sila gigih melayan aku lagi pasni berchatting okies? jgn mereng terlebih dahulu sebelum aku.

borak punya borak, tiba2 kitorang tersampai kat topik best. pasal kapel2 ni. humm.. aku ckp kat N yg aku tak setuju bila mamat2 boifren suke blanje2 aweks barang2 mahal time kapel. pada aku mamats ni semua bukannye konfem jadi laki aweks ni. ye la, keje susah payah, dapat gaji g beli handbag LV seketul untuk awek. tetttt (ko keje ape ha mamat? jual dadah ke kaya raya buleh beli handbag LV kat awek ko? hihi. nak jugakkkkk (tolol ko isaty. tu boipren org lain ok!!) siap dengan blanje makan mewah2 kat tempat2 yang aku pun tak penah pegi [maklumla isaty ialah orang kampung])

aku mmg biasa tengok time belaja kat uni dulu, lelaki2 gentlemen menyara awek diorang. jemput hantar g kuliah, makan tanggung, tengok wayang, beli baju, beli kasut, beli singgam, beli beruang semua pun lelaki2 ni yg belikan. (bagus ek dapat boipren cenggini?) kalau buleh awek tinggal nganga je, boipren suapkan. hikhik. da gedik sangat la tu nak makan pelempang aku. muntah ok. belaja tak habis, ade hati nak menggedik (ni kes jeles dulu zaman belaja isaty mcm nerd je baik, rajin, berdedikasi. hahaha.. gilo ngaku bagus)--->korang sedar tak yg boipren korang ni sama je dapat duit ptptn mcm awek diorang? humm... kalau semua pun kerat dua share ngan awek, mmg patut la boipren tu semua kurus kering.

kesian pulak aku kat boipren ni semua. takpelah. dah nasib korang. tak dapat aku tolong pun.

tapi N cakap,
bila boipren ni beli barang mahal utk awek, tu tanda sayang dia. (oh, sayang sekarang ukur dengan material. baru nampak) kalau tak mahal, janji ada sentimental value. weee... hebatnye boipren zaman sekarang =) . betul ke? hummm. betul jugak aku rasa. sebab ape, kita tak buleh makan mekdi kalau nak bayar bikmek tu dengan kasih sayang, betul x?. cashier tak terima kasih sayang ok. mereka terima duit. betul jugak cakap N.

hihi. bila aku cakap ngn N, N selalu buat aku pikir semula pendirian aku. ye la. aku jenis tak suka kalau org bukan famili belikan aku barang2 mahal (sebab da fobia). kalau boipren nak belikan ke, aku rasa aku patut berpada2 eventho boipren iklas bagi. nak tau knapa? aku rasa org yang selayaknya memberi aku kesenangan dan kebahagiaan selain mak ayh, adik beradik n sedara mara ialah suami aku. humm...nti da jadi suami aku kikis la kat mana buleh. selagi mana dipanggil tanggungjawab aku tuntut la. tapi kalau nak bagi lebih, adalah lebih baik. hehe.

p/s: kepada aweks2 di luar sana, sedar2 la diri. boifren bukan suami anda. kalau makan tu berkongsi la duit. kadang2 offer la nak bayar yang posen2 dalam bill tu. contoh rm56.70, boipren bayar rm56, awek bayar ah 70sen. atleast bagi. nampak suwit je hihi. (ni petua bodo, bukan untuk diamalkan) kalau nak minta barangan tu beringat2 la. kalau boipren anda ank raja, tak pe la. tapi kalau anak rajagopal pemandu teksi, jangan buat perangai ok?



cerita gambar: tadi isaty bawak adik pegi M(ekdi). ingatkan nak makan bikmek, tapi rupenya adik isaty nak makan eskim cokotop je. cess... nanti da dapat gaji, isaty nak belanje seseorang makan bikmek dan air milo. huhu

May 15, 2010

seorang bystanders gemok dan sedikit kelabu asap nak becakap

aku seorang bystanders.

bystander macam aku banyak ruang2 kosong. ruang buat aku lack creadibilty utk buat judgement, dan juga ada ruang utk aku nilai korang dengan lebih terbuka. ntah. korang pernah ke cuba ape aku tgh rasa? tak agaknya.

bystanders macam aku pegang satu prinsip.
dalam hidup aku berkawan, aku hanya bagi 1x nasihat atas 1 perkara. itu pun kalau korang minta.

ada yg minta, aku bagi tapi tak ikut. tak pe la. maybe ape yg aku nasihatkan tak cukup bagus.
ada yang tak minta, aku bagi tapi berubah. bagus la.

kan rmc kan? haha.
rmc da kena dah ngan aku. haha. tatau la ape yg dia dapat dari nasihat aku.

p/s:semoga rmc tak terpesong setelah mendapat pendapat isaty ye =) lol.



p/s:bystanders ialah org yang tak masuk campur. org atas pagar pun ye jugak kalau disuruh memilih side. tapi kalau suh duk atas pagar cam kat atas ni, aku mmg tak nak ah. tambah lobang buntut aku nanti. hihi