August 12, 2010

seminggu berlalu (Rasheedy)



al-fatihah.

lost my word when i received the news.
he moved on to meet his All Mighty Creator.
you will be missed.

Rasheedy 1987-2010

August 05, 2010

Gambar Perkahwinan, apa perlunya?

aku dah attend banyak majlis perkahwinan. sedara mara mahupun rakan terdekat keluarga aku. persiapan ada yang bagai nak gila. semua mesti perfect. ada pulak yang simple ala kadar. cukup yang wajib dilakukan, yang lain boleh dikemudiankan. macam macam orang ade macam macam ragam.

masa aku tengok kawan aku kawin, aku datang majlis nikah dia. simple tapi meriah dikalangan saudara mara dan sahabat handai. cukup buat dirumah. tak ade backdrop, tak ade pelamin untuk sarung cincin (resepsi diadakan kat dewan kemudiannya), tak ade bunga2an hiasan. cuma ada 2 lapik duduk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. acara akad dilakukan ditengah rumah. semua orang boleh dengar, semua orang tadah tangan doa bersama untuk kebahagiaan pengantin tu. aku senyum saja. tadah pun sebelah tangan. sebab apa? sbb aku menyangkut seketul Sony Exmor di leher. baby DSLR milik family. aku bukan photographer jemputan, aku datang kerana aku sekadar seorang teman. nak dapat ambik gambar eksklusif memang payah nak dapat peluang. kalau kita ambik pun mesti ada gmbr tangan or camera photographer ni tadi menyelit dalam gambar yang kita ambik. haih. bagi can la sikit !

post ni aku karangkan sebab tadi aku merewang diFB. aku tengok gambar2 yang diupload dan ada kawan FB aku ditag dalam tu. aku terjumpa 1 album pernikahan sepasang pengantin di selangor. (juga diadakan akad di rumah) aku tengok gambar2 dia, cantik2 belaka. aku puji kehebatan photographer tu. gambar pakcik makcik atok nenek yang dia ambik semuanya hidup dan menyentuh hati aku. mungkin kita tak perasan nenek2 yang datang majlis akad cucu-cucunya. mereka orang tua yang kadang kala kita terlepas pandang. mereka orang yang dah lama makan garam ni sebenarnya bila aku tengok gambar mereka, aku jadi sayu. ape taknya, wan aku haritu cakap: dapat wan merasa duit ati bila dah kerja ni. dulu kecik je, sekarang dah anak dara (aku dulu tinggal kat kampung, berjiran dengan wan baruh). bila lagi nak kawin? ..........wan oh wan...huhu. nanti sampai la jodoh cucumu ini, Insyaallah.

oh sambung pasal gambar2 kawin ni, aku dapat merumuskan 2 perkara.

1)bila nak kawin, kita hire photographer untuk amik gambar2 cantik masa majlis perkahwinan. belanja photography saja dah nak makan 2000. tapi sedarkah korang, untuk mendapatkan gambar yang cantik, semua persiapan mestilah cantik, dan harga persiapan ini juga 'cantik' belaka.

2)bila tengok gambar kawin, banyak gambar pengantin. tak kira laki or perempuan. baju tukar berpasang2. persalinan dan sebagainya. dari pagi bawak ke petang sambung sampai malam. dari dalam rumah sampai luar rumah, tengah bendang, tepi laut, dalam taman tepi sungai dan sebagainya. tapi korang perasan tak yang dalam album kahwin ni semua, tak banyak gambar orang2 yang tak kurang pentingnya berbanding pengantin? siapa orang2 ni? mereka ialah ahli keluarga yang berhempas pulas menjayakan majlis. yang rajin duk tepi pelamin je ade gambarnya. mana gambar maklang yang asyik menyiapkan lauk untuk tetamu? mana gambar sepupu lelaki kita yang asyik membasuh cawan dan pinggan kat port dapur? mana gambar jiran-jiran yang tolong memasak lauk kenduri kita? mana gambar abang chik yang sibuk terkejar sana-sini nak kendalikan tok imam, rombongan pengantin, pasukan kompang dan sebagainya? perasan tak dalam album kahwin kita tak ade gambar mereka ni semua? paling sedih bila aku dapat tengok album kahwin mereka (nak nak pulak yang custom made tu) bersama maklang, sepupu lelaki dan jugak abang chik. mereka tersenyum dan memuji2 pengantin cantik dan sama padan. tapi sebenarnya dalam hati kecik mereka, mereka tercari2, kot2 ada gambar mereka...."ohhh, baru teringat, aku sibuk basuh pinggan mangkuk, mana nak ada gmbar dalam ni" kata sepupu kita senyap2 pada dirinya.

aku harap sangat, kalau sampai jodoh aku satu hari nanti, aku tak lupa pesan pada photographer aku nanti, menyatakan, "Encik-tukang-ambik-gambar, jangan lupa snap gambar maklang yang sibuk melayan tetamu. jangan lupa sepupu sepapat aku yang terkejar sana sini membantu mana patut. jangan lupa jiran tetangga aku. jangan lupa adik2 aku yang sibuk menguruskan hal-hal dihari bahagia aku. sebab tanpa mereka semua, hari ni takkan jadi hari bahagia aku .ini bukan hari bahagia aku seorang sahaja, ini hari bahagia mereka juga,"

p/s: berangan je la nak ade photographer untuk majlis kawin. semua orang sila bawak camera masing2, nanti dah majlis aku minta korang transfer saja ke laptop aku. ahahaha. banyok la koleksi gamba nanti. teehee =)


p/s no 2: masa aku tengok gambar kawin tadi, media player aku duk nyanyi lagu Neutron Star Collision. haha. memang tepat dengan tema gambar yang aku tengok masa tu. sweet sangat. (kalau nak tunggu lagu maher zain, tak tau la track nombor brapa. hohoho)



August 04, 2010

Sedekah amalan mulia (Atok Cendol)

harini aku g ngaja la kat Pilah. on the way balik, singgah makan Cendol Pulut Atok Ulu Bendul tu. smalam lalu, gerai dia tutup pulak. frust. pagi tadi lalu, belum bukak (mana ade org makan cendol pukul 8stgh pagi). so balik tgh hari aku pun menyinggahkan diri aku.

aku suke cendol atok ni sebab rasa dia tak manis sangat. sambil makan boleh la bace sorat khabar sambil melayan atok ni bercerita pasal anak2 dia. ada yang keje TNB, ade yang keje ape tah lagi. bagus lah atok. anak2 atok jaga atok. sakit atok, diorang bawak g hospital Columbia. bertuah atok dapat anak2 soleh solehah. saya yang anak boss pun kalau sakit pegi ISZA je. tak pun g Ibnu Sina. bersyukur jugak dapt gi klinik. ade orang miskin bila sakit tak dapat g klinik. xmampu katanya.

oh ye, yang pelik kedai atok ni, aku tgk tiap2 kali aku makan, harga dia brubah ubah. ade masa aku makan cendol campur smua (jagung+kacang+pulut) rm1.70. kadang2 aku makan cendol kosong RM1.50. kadang2 aku makan cendol pulut rm1.50. harini aku makan cendol campur smua tu rm1.50. atok, atok, macam mana atok kira ni? emm takpe lah. murah la rezeki atok selalu hendaknya.

nak dijadikan cerita, bila atok tu kata aku punye cendol rm1.50 je, aku kuarkan la duit rm2.00 yg aku dah standby siap2 nak bayar. (hajat nak makan cendol atok dari smalam, tgh harini ade jugak rezeki aku eh. tu pasal dah standby duit dari Pilah lagi). lpas dah bagi duit rm2.00 tu aku pun cepat2 jalan g kat kereta. aku toleh atok tu yang terkial2 nak cari duit baki 50sen utk aku. dia risau aku lupa nak ambil baki kot.

aku: Takpelah atok. simpan aje lebih tu.
atok:Terima kasih ye! (dia jerit sikit sebab aku dah smpai kat kereta yang aku park kat kawasan rumah beliau)

aku pun start la enjin kete kelisa yang dah calar bumpernye (dikerjakan oleh haziq yang bijak dan hensem tempoh hari). elok2 je aku lalu kat pagar rumah atok tu, dia tahan kereta aku sambil pegang 1 ikat rambutan yang dia jual kat tepi gerai cendol dia.

atok: Ambik la rambutan ni. dah kecut sikit. semalam tak beniaga, takde orang beli. bawak la balik makan rambutan ni ye.

aku terkesima.

aku bagi atok extra 50sen, dia bagi aku seikat rambutan kuning (yg menjadi fevret aku selama ni). alhamdulillah. rezeki aku harini. patut la atok ni murah rezeki, dia rajin memberi. walaupun pada sesetengah orang, seikat rambutan tu tak de ape sangat kalau nak bandingkan makan lamb chop kat restoran mewah, tapi niat suci atok ni nak bagi aku makan rambutan memang aku hargai sangat.

aku:Terima kasih atok.

(dengan senyuman dan rasa segan, aku menerima rambutan tu, letak kat seat sebelah. belum 100m pun aku meninggalkan perkarangan umah atok cendol ni, aku dah start makan rambutan. hihi)

aku sampai di office, aku bawak turun rambutan yang seikat tadi. aku dah makan beberapa bijik. aku bagi budak office habiskan. semoga pahala atok sedekah aku rambutan ni dilipatgandakan bila budak2 office aku makan buah tersebut.

Ya Allah, murahkan rezeki atok cendol =)


atok cendol yang dimaksudkan beroperasi tak jauh dari ULu Bendul menghala Pilah. dekat dengan TIUB (Telur Itik Ulu Bendul)