September 25, 2010

Panggilan tergempar

pagi tadi, sedang aku menenung muka sengalku kat cermin bilik air, aku terdengar.... henfon merah ku galak berbunyi (ringtone nokia je? mesti nombor tak dikenali) lalu aku bergegas keluar.
hmm.. dah jadi miscall. haih. aku pun mesej la kat nombor tu.

aku sent : ye?

tiba2 henfon merah tu berbunyik lagi.... lalu aku pong jawab.

rupa2nya kawan aku dari KB tepon. dia jemput aku ke rumahnya di KB itu hari jumaat ni. untuk ape? nak kawin ke?? aku tanya beliau.

....haah, kenduri kawin. (APA??!!!) terkejut aku. betullah dia nak kawin. aku pun sambung borak sekejap. dia minta email n alamat rumah aku. nak hantar kad katanya.

dah sampai jodoh kawan aku yg sorang ni. alhamdulillah. aku harap dia bahagia dengan pilihannya sehingga ke anak cucu.

kepada sahabatku Annurhuda, sati ucapkan tahniah. insyaallah sati sampai. (itupun kalau boss n mem besar bagi pegi. humm)