December 27, 2010

Surat untuk Sang Sahabat

Kehadapan sahabat lama ku 'kerabatASTANA' yang hensem tapi kurus. Semoga berada dalam keadaan sehat sejahtera hendaknya untuk menyokong Malaysia tercinta dalam perlawanan bola sepak AFF Suzuki tidak lama lagi.

Saudara,

Pada hari selasa yang murni dan suci dan mendung (elok disorongkan bantal) ini, aku yang sedang berdudukan di atas kerusi pejabat ini memang tak ade kerja. dah dua hari aku berkeadaan sebegini. alhamdulillah, tadi sudah dapat panggilan kerja dari pihak client. mulai esok aku diarahkan berkampung dipejabat mereka pula. Putrajaya, here i come.

Berkenaan gaji itu, tidak lah perlu saudara bertanyakan lagi. sesungguhnya, kuasa mengeluarkan gaji itu terletak ditangan orang admin. lambat dia proses, lambat la kami yang kuli kuli ni dapat gaji. namun begitu, sejak dua menjak ni, rezeki ku yang belum dapat gaji ini begitu murah. makan orang belanja. kalau tidak pun pegi mesyuarat mesti ada makanan disediakan. besarnya nikmat rezeki Allah s.w.t.

Apakah yang sedang saudara lakukan di saat ini? (ok tau la tengah baca blog ni...zzzz. ape pasal aku tanye soalan bodol (read:bodoh) ini ) dimanakan kedudukan latitut dan longitut saudara sekarang. senang sikit aku nak google earth. acap kali aku lupa di mana saudara berada. hehe.

Tahun baru bakal tiba tidak lama lagi. apakah azam tahun baru saudara? saya biasa-biasa saja, tiada azam specific untuk dicapai. mungkin ade satu, saya berazam .....jeng jeng jeng........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
azam saya ialah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk menukar rim kereta vios hitam saya
haha. seprais x azam saya?
(baik ngaku seprais!!!!! kalau tak saya xmau berkawan dengan saudara lagi)
haha. ugut tak boleh tahan.

Semoga saya diberi kelapangan untuk menulis lagi kepada saudara. Semoga saudara bahagia tidak kira dimana saudara berada.

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah baca, harap balas

issati sanusi
(Si comel)

New Year is coming .....

(picture : credit to www.atpm.com)

sekarang dok bilang hari nak niu yer, kalau bebudak skolah, sibuk la nak prepare barangans back-to-school mereka. mak bapak pulak sibuk la mengeringkan tabungan masing-masing serta tabungans raya anak2 (harapnya tidak) untuk membeli barangans back-to-school. muda-mudi universiti sibuk ape eh? sibuk plan nak niu yer mcm mana ke? atau sibuk memikir assignments? (ada uni yg dah start sem, dan ade jugak yg maseh berchoti. xpe. ikut la ape yang telah dirancangkan pihak atasan uni masing2) yg golongan belia (smpai umo 40 kira belia kan??? dewasa umo brapa ek??) yang berkerja ni pulak buat ape ek malam tahun baru? celebrate kat maple (read : mamak) ke? atau kat sekitar ibukota kuala lumpur tunggu detik 12 malam n jerit tepekik telolong kat konsert? emmm terpulanglah.... masing2 punya cara.

yang aku nak tanya sebenar-benar-benar-benarnya harini ialah..... ape azam tahun baru korang? (soalan tipikal ni...repeat tiap2 tahun keluar menjelang tahun baru [mcm soalan PMR KH pulak...tiap2 tahun dok rotate soalan sama. hihi] orang akan tanya ni...yang paling suka tanya soalan ni mestila DJ radio. kalao xcaye, boleh pegi dengar sendiri lah. huhu.

1 soalan da tnye....ape azam tahun baru? atau ckap negori sombilan eh.... apo azam taon baru ekau? lobih kurang la.
tapi ade 1 lagi soalan nak tanye....azam tahun 2010 korang dah dapat capai ke belum?

  • mungkin ade yang berazam nak kawin.... dah dapat pun kawin, atau paling tidak pun bertunang. tahniah la ye....
  • mungkin ade yang berazam nak kurus, tapi berat makin naik... xpe...boleh cuba tips kawan aku nih.... munip (korang baca kat blog munip eh). tapi kalau ade duit lebih, boleh try produk diet yang berada di pasaran. aku tak mau promote... haha. segan. sebab aku tak ikut program diet, aku makan je ikut selera aku....
  • mungkin ade yang berazam nak dapat pointer exam yang bagus... supaya senang dikemudian hari... kalau dapat tu tahniah, tp kalau rezeki kurang sem ni, boleh lipat gandakan usaha. kalau dulu buat asignment last minit, skarang ni kena start awal. kalau dulu dapat grup member yang haprak, sekarang cuba elakkan. hahaha. aku buat mcm ni dulu ...ngeeeee.
  • mesti ada banyak lagi azam lain yang aku tak contohkan kat sini. sebab nanti penat aku nak taip smua. walaubagaimanapun (memperkasakan bahasa melayu sedikit) , pada azam yang belum berjaya di-achieve-kan tahun ni, sebolehnya diteruskan pada tahun 2011. jgn sekerat jalan. mcm 'angek-angek taik ayam'....da la paneh eh kojap, busuk eh tingga pulak tu. (apo makno eh tu? memandai yo den buek tapsiran...xpo, korang pikir lah apo agak eh maksud den tu yo?)
azam last minit aku tahun 2010 ni nak tengok Malaysia menang piala AFF suzuki tu. dalam erti kata lain, nak tengok mesia menang mengalahkan indonesia. hihi. (bambang sila bimbang) ohohoho....

di sini, aku nak minta maaf (tibe2 minta maaf aku ni....) ... ye la... segala kesalahan yang sengaja (hahahahahahaha) dan tak yang disengajakan tu kena la minta maaf... tak pasal pahala aku bagi kat org lain, tak pasal nanti aku sibuk mencari korang yang aku buat salah tu kat akhirat. haddoi... segala kesalahan aku sebelum ni, harap dimaafkan. inyaallah, hati aku yang suci ini (bluekkk) memaafkan korang semua kalau ade korang wat salah kat aku. ngehh... tapi hutang kena bayar eh. aku belum gaji ni. hahaha.

oh, lupa pulak... nak menge-wish adik2 yang mendapat result cemerlang UPSR dan PMR... tahniah. kepada yang kurang berjaya, jangan risau. malaikat tak tanya berapa result pereksa korang dlaam kubur(credit to hann san). hihi. tp kalau korang meniru dan menipu dalam peperiksaan,,,, malaikat tanye la insyaallah.... haaaa,,,, takut ! pegi bertaubat cepat.




p/s: perut aku dah krong kreng krong kreng. berlagu ala indi... haddoi.... nak makan ape ni ek? plan lunch dengan berhemah. sebab belum gaji. adoiyai... sapo nak blanjo den makan tongah hari ni... silo jatuh tangan.... hehehe