February 19, 2011

KKU @ Kucing Kelainan Upaya


my darling : Epod
location : tangga depan bilik irr


alkisah, nama diberi kepada baby yang somel ini adalah Epod. epod dilahirkan dengan 1 kaki dan hujung ekornya terbelit pada uri. akibat tersimpul mati dan asyik terbelit2, kaki tu 'mati' --> jadi hitam --> kering --> lalu putus sendiri. maka, Epod menjadi kucing yang berkaki 3. (macho gila nama kuching aku yang ni)

keterangan gambar : bulatan merah menunjukkan kaki Epod yang kudung
lalu menjadikan Epod seekor KKU @ Kucing Kelainan Upaya.
Sila lihat kelincahan KKU saya. dia boleh memanjat cage@rumahnya, berlari laju, memanjat tangga, menggigit kaki orang sedang menggosok baju waktu pagi juga dan lain-lain.


dulu masa sangat baby, epod jalan kedek2. sekarang berlari macam tak cukup tanah. haih...epod epod. duk diam sekejap buleh x? jumpe henfon mesti dia nak gigit. terutama henfon blekberi aku. haiyo. sekrang ni epod duk berlari kat keliling aku yang duduk bersila depan laptop. haaa... dia pegi gigit jari kaki aku pulak. nasib baik suci je jari kaki tu sebab rajin basoh.

my darling : Epod
location : di ribaan. living room
time : just now


aaaww !!!(jerit garau) jangan la terkam peha orang !!!kuku kamu tu tajam lah wahai kucing comel. aiyo.... susah la ini macam. saya sangat sayang epod. dia selalu datang gigit-gigit (cara beramah mesra dan menunjukkan kemanjaan seekor kucing) jari, tangan, lengan, siku @ ape saja yang boleh digigit milik saya. brape banyak parut aku ade dah...huhu.


my darling : Epod
location : di ribaan. depan main door

my darling : Epod
location : dalam buai kat rumah dia dilahirkan

nota kaki: harap2 hantaran tak kurang banyak sebab ade banyak parut daripada kucing kesayangan. hihi. kalau putus jari tu boleh la hantaran kurang seribu, bak kata orang lab kat universiti dulu.

2 komEnTar:

  1. nama epod tu ayah pilih. Tripod-Ipod-Epod. dah besar tapi still menyusu kat mummy dia. manje dia ni. jaga2. dia da pandai lompat naik katil.

    ReplyDelete