June 05, 2008

happening sampai pening

hey, terus terang aku cakap, aku tak rasa pun nak update blog nih. malas ya amat. sebab yang nyata ialah: kerja yang banyak memenatkan minda, minda yang penat bagaikan span yang kering, span yang kering mmg tak best kalau nak gosok kat pinggan. eh ape ni merepek nih? lalalala... kerja kerja kerja buat org jadi gila.

ok ok. sekarang ni rumah yang aku duduk ni tak de org sangat. tinggal ber2 je buat masa ni. maybe sehingga esok je la coz by the time aku dah balik dari penang, maklong and paklong dah balik from aussie. seronok diorang g jenjalan lawat kak shady kat sana. emm.. best best. oh ye, berbalik pada cerita asal. bila aku duk sorang kat rumah ni (kak long slalu balik lambat, kadang2 je aku jumpa dia) aku rajin la masak. tapi yg malangnye, cuma ada spagetti je di dapur. beras sebutir pun susah nak cari. nasib baik la ade bawang sikit n garam. kalau tak camne aku nak masak. emm... susah jugak tu sebenarnye.


haritu dah masak untuk za n sapeq. 2,3 hari ni aku masak untuk diri aku sorang2. sedih jugak makan sorang ni tapi sebenarnya aku dah biasa pun makan sorang. almaklumlah, takde boyfriend. ade kawan pun masing2 sibuk ngn pakwe n makwe masing2. aku gak yang sorang2( amacam? sedih x?) hehe....


ni la aku tunjuk lagi gmbar spagetti poyo yg aku makan tuh. tu lah. makan makan makan. kan dah gemuk dah. ish3.. patutla takde yang nak... lalalalalalalalalala kerja kerja kerja jadi gila.....





ni arie first aku masak. macam campak sume masuk dalam periuk belanga la kan.nak uat camana. tu je aku reti uat. malang la sape tinggal ngan aku nih!!

ni mee sup kot. hehe. yang penting black pepper tu mcD punya. tu yang jadi sangat sedap tuh. sampai kucing pun nak. tak senonoh betul ciki n nemo tu. nak makan sedap2 je. mengalahkan tuan pulak tuh!!


tadi adah cakap pasal makan n hidup sorang2. ha, ni nak cakap pasal nak balik penang esok nih. tu yang menghitung hari tuh. bapak rindu kat kampus, tak tau pasai pa. hello, rindu campus ka rindu org tersayang kat sana? ceh! jangan nak berdrama kat sini okay? rindu environment kat sana sudey la. yang lain2 tu extra sahaja (hahahahaha tak senonoh betul)


siyes la aku balik penang walaupon sekejap, aku nk jumpe dr.Aldrin. pcaya tak ? hahaha.. tak pecaya sudah, kalau percaya pun ape salahnye. hehe. aku balik ni nak jumpe kengkawan yang organize minggu alam bina kat USM. lol. kalau buleh nak jumpa nani jugak. nani, nani, aku winnnnnnndu kat hang. bila nak mai s.alam nih? kata nak jumpa ikram sayang muah2 hang tu. huhu. nanti buleh kita sesat2 kat area sinih. aku ni buta KL.


ha, ni la pic Dr,Aldrin, cuba teka yang mana? terang2 lah yg nak potong kek tuh. hahaha. ade ke patut ofismate aku kate lecturer aku sorang nih handsome? ish3.. biar betul. handsome ke Dr? wakakaka.. no comment. karang salah tafsir jadi ajaran sesat lalalala. kalau korang tak tau, yang pakai tudung tu lah aku. apesal aku sorang je pompuan? haha. ni la soalan cepu mas. aku sorang sebab gurl yang lain duk di sebelah kiri aku. maknanya tidak dapat dimasukkan dalam gambar. ni masa birthday Dr Aldrin tahun lepas. hehe. tahun ni tak sambut. tapi dah wish dah. kan dah bagi tengok kad besday tu.. ha tu untuk beliau lah. cantikkan? besday card yang ceria macam lecturer aku nih. hehe.



kepada NaNI,


huhu. nani, aku mohon ampun tak letak pic hang kat sini. kalau letak nanti aku kna serang ngn teacher yg sorang tuh. no no no. tak mau amik risiko lah. tapi ape pun aku sayang nani mcm adik beradik aku sendri. dah termasuk geng surau sekalih.





TAMBAHAN...


kat sini aku nak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kat sapeq sebab banyak tolong aku sepanjang aku praktikal kat sini. n terima kasih jugak kat faridz yang selalu cari pasal ngn aku. after all, u guys (lebih kat sapeq) brighten up my days lah. jap aku check ade tak pic sapeq dalam cam aku. emm..


ni arr gaye seorang gigolo. hahaha. kalau tak gigolo gaya gay pun buleh. lol. gurau senda! thanks boy. nanti buat gaya gay banyak2, aku post kat sini. buleh jadi pilot terlampau. ngeh2. (korang nak tau satu rahsia pasal sapeq tak? ha, meh aku gtau. ni dari observation aku tau. Sapeq kalau nyanyi lagu [ayu oiam: hanya di mercu] dia mesti nyanyi sambil genggam tangan ala2 semangat waja gituh. hehe. sapeq2. lucu lah!!!

2 comments:

  1. haaa!!menjadi apa?hahaha..weh ni sapeq kan?dia dah jd pilot dah?kim salam kat dia heh.

    ReplyDelete
  2. haah. sapeq classmate ko tu lergh. blaja lagi, bawak kapal terbang pun mcm org mabuk terhuyung hayang jer. hahaha

    ReplyDelete