Ok. aku tgk blog ni kosong dari haritu. nak tau kenapa? haha.. aku balik kampung halaman (duk bandar kire kampung tak? = mak ayh tinggal di seremban) hehehe...Tajuk Kite Hari Ini Ialah KAWIN (p/s: salah eja. KAHWIN). Adakah Aku Ini Sangat Gatal Sebab Nak Cakap Pasal Kawin? Oh, Tidak... Saje Suka2.
Pros n Cons...
PLAN 1
Majlis Kahwin Kat HOTEL.
1)banyak pakai duit. sewa hall n nak bagi org makan adelah mahal.
2)kena kawin ngn org kaya baru leh kawin kat hotel
3)aircond-tak sesuai untuk org yg taksehat (ade kna mengena ke?)
4)tak meriah macam kat kampung leh gotong royong
5)tak leh dengar makcik2 melatah sebab macam formal. lagipun org dtg makan pastu balik. bila masa nak melatah? entah lah...
PLAN 2
Majlis Kahwin Kat RUMAH MAK AYAH
1)Meriah sangat sebab famili kumpul ramai2 n prepare untuk majlis tu.
2)budget sewa hotel boleh dijimatkan dengan sangat banyak sebab sewa khemah je. (khemah sekarang cantik2 belaka bila dihiasi ngan kain warna tu semua. trend gitu)
3)boleh diawali dengan majlis khatam quran n malam leh sambung tahlil n kenduri kesyukuran. (islamic lah sikit)
4)Orang jauh susah nak datang sebab kalau kenduri kat ceruk kampung, susah nak cari penginapan. kena sewa rumah mak cik maimon untuk orang nak datang la nampaknye. untung makcik maimon.
5)makcik maimon tak datang kenduri kite sebab sibuk nak jaga homestay yang full sebab kawan2 n sedara mara datang sewa bilik kat rumah dia. mak cik maimon kayo!! horay...
PLAN 3
Majlis Kahwin Kat TAMAN (ALA-ALA GARDEN WEDDING)
1)cantik sebab banyak bunga. boleh menyerikan lagi majlis tuh. kalau nak grand lagi kawin kat cameron highland. banyak taman n bungaan. kelass gituh...
2)banyak bunga banyak serangga. jaga2 dengan lebah dan sebagainya. kalau rama-rama takpe juga tapi kalau lebah tebuan datang... alamatnya majlis akan jadi huru hara.
3)boleh panggil snow white untuk nyanyi ngan binatang2 (tupai, burung, memerang, tenggiling, skunk pun ade kalau nak, semut, hamster yang adik bela terlepas, stuart little pun boleh jemput)
4)banyak prosedur kena lepasi untuk dapat sewa taman majlis perbandaran. bukan calang2 orang leh sewa taman majlis perbandaran. untung2 leh dapat taman yang ade air pancut. wah... romantiknye (penulis sedang berfikiran senget buat seketika)
5)kena bayar ganti rugi untuk pokok2 yang rosak n rumput2 yang rosak sebab ramai datang pakai high heels. adeh.. blubang muka bumi nih. hehe
Kalau mr.bearzz laa kan... mr.bearzz senang je... ini pon dikira save budget laa.. buat announcement kat mainstream newspapers dgn sewa the whole frontpage bg tau kite kawin... hahahahaha... lagi jimat... popular pon ade gak.. heheheh... amacam?? cara x???
ReplyDeleteuntuk pengetahuan encik bearzz, satu advert kat bahagan iklan lalala tu je makan ribu-ribu ringgit/day.alah.. advert yg mcm pelawaan tender etc tu. yg hitam putih tu. tp kalau ada yang mampu ape salahnya.
ReplyDeletep/s:tak mau jemput org ke?
tawu... advert sehari dah laa...
ReplyDeletesebab tak jemput org laa kite wat camtu... bg tau kat newspaper beso2 kate dah kawen... hehehe... ada brani buat mcm tu...?? hehe